(Hadis Riwayat Bukhari)Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
bekalkan dirimu dengan iman dan taqwa untuk persediaaan ke alam yang seterusnya yang kekal abadi.janganlah melengahkan masa dengan perbuatan yang sia sia.hargailah detik waktumu untuk beribadat kepada Allah dan menuntut ilmu. segala amalan dan perbuatanmu di dunia ialah bekalanmu di akhirat penentu syurga atau sebaliknya.
Antara kesan negatif menangguhkan sesuatu urusan ialah:
a. hidup dalam keadaan resah dan gelisah kerana menghadapi tekanan daripada majikan
b. hasil kerja yang diperoleh tidak berkualiti dan akan menjejaskan nama syarikat dan sebagainya
c. produktiviti sesebuah syarikat akan menurun. Ini akan menjejaskan ekonomi sesebuah negara
d. pembangunan sesebuah negara akan berjalan dengan perlahan. Ini akan menyebabkan negara ketinggalan dalam arus perdana dunia
No comments:
Post a Comment