dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa,
dalam tindakan terguris rasa,
dalam hidup tidak lepas daripada dosa,
dalam janji mungkir terpaksa ,
ampun dan maaf segera dipinta, semoga terhapus segala dosa,agar persaudaraan kekal selamanya.
Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel
menyelami dunia untuk mengenali sultan muhammad al fateh .Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel (kini dikenali istanbul)pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.mengenali tokoh al fateh sngt membanggakan aku.sungguh memotivasikan diriku supaya tidak mudah berputus asa sentiasa bersemangat dalam mengharungi dugaan demi mencapai cita cita .beliau merupakan insan terpilih yang berupaya menakluk Konstantinopel pemerintah terdahulu ketika bani umaiyah dan bani abbasiyah pernah mencuba untuk menakluki Konstantinopel tetapi gagal..sesungguh semangat dan usahanya membuahkan hasil..beliau telah mengatur strategi yang bijaksana dengan membawa kapal melalui gunung,semangat jihad melalui hadith2 Rasulullah s.a.w,memanjat kota.sifat karisma beliau sebagai pemimpin,melalui terowong. Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.
untk maklumat lanjut http://zainurrashid.com/teladani-muhammad-al-fateh-pembuka-constantinople/
No comments:
Post a Comment